30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Lebih 50,000 murid bakal sertai Liga Tunas Malaysia

Sebanyak 2,940 pasukan akan menyertai pertandingan kategori B-16 lelaki dan perempuan dan B-12 lelaki.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEBIH 50,000 murid dari sekolah-sekolah terpilih seluruh negara bakal menyertai pertandingan bola sepak Liga Tunas Malaysia atau Malaysia Little League (MiLL) yang akan bermula bulan depan.

MiLL yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) itu dijangka disertai oleh 2,940 pasukan Bawah 16 Tahun (B-16) kategori lelaki dan perempuan serta Bawah 12 Tahun (B-12) lelaki.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin ketika melancarkan MiLL itu berkata, pihaknya berharap melalui liga tersebut, murid-murid yang terlibat dapat mempraktikkan nilai-nilai murni selain menunjukkan bakat untuk dibimbing menjadi lebih cemerlang dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata, penganjuran liga tersebut seiring dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang menitikberatkan 14 elemen termasuk elemen Sihat, Seronok dan Rasional.

“Elemen-elemen ini sememangnya berkait rapat dalam aktiviti sukan khususnya bola sepak.

“Selamat maju jaya kepada anak-anak yang terlibat dalam pertandingan MiLL 2022. Ambillah peluang ini dan lakukan sehabis baik untuk mempamerkan bakat masing-masing,” katanya ketika melancarkan MiLL di Stadium Mini Taman Pancarona di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, melalui liga tersebut, KBS komited melahirkan bakat baharu dalam bola sepak.

Beliau berkata, MiLL adalah inisiatif baharu rentas kementerian dengan bagi memupuk minat dan mengaktifkan komuniti akar umb.

Katanya, ia bagi melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan.

MiLL akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. – Edisi 9

Terkini

Jarak bukan penghambat kemesraan menyambut Aidilfitri

Oleh DR AZMAWATY MOHAMAD NOR HARI Raya Aidilfitri merupakan peristiwa yang menggembirakan di mana ia adalah masa untuk keluarga dan...

Lagi Artikel Berkaitan