30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Henti pengambilan Kopi Pejuang – PHM

Semakan kandungan produk mendapati ia mengandungi Taladafil iaitu racun berjadual dengan kandungan 10 kali ganda dari dos yang selamat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai diminta untuk menghentikan sebarang pengambilan atau penjualan Kopi Pejuang.

Amaran berkenaan diberikan oleh Public Health Malaysia dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Menurut hantaran yang memetik sumber Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) berkenaan, seorang lelaki dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan zakar akibat Priaprism (ereksi zakar) selama lebih empat jam.

“Jika keadaan berterusan dan tidak di rawat, kerosakan tisu kekal zakar boleh berlaku dan hilang fungsi. Puncanya akibat minum kopi Pejuang yang berlambak di pasaran.

“Semakan kandungan produk mendapati ia mengandungi Taladafil iaitu racun berjadual dengan kandungan 10 kali ganda dari dos yang selamat,” kongsinya malam tadi.

Hantaran berkenaan juga menyatakan sekiranya tidak bernasib baik, individu yang meminum air berkenaan mungkin akan keras kejung di atas katil akibat serangan jantung atau mengalami strok.

“Sila berhenti mengambil produk ini dan hentikan perjualan serta merta,” katanya.

26 Mei lalu, HSA memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak membeli atau mengambil produk kopi yang dikatakan mengandungi ramuan herba yang meningkatkan kesihatan seksual lelaki.

Nasihat berkenaan dikeluarkan selepas agensi itu menerima maklum balas mengenai dua kes kesan buruk selepas individu tersebut mengambil Prime Kopi Pejuang 3 dalam 1.

Minuman itu telah dipasarkan secara dalam talian sebagai produk semulajadi yang mengandungi “bahan herba yang berkualiti tinggi”.

HSA menyatakan Tadalafil ialah ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat alat kelamin yang tidak berfungsi, yang hanya perlu diberikan di bawah pengawasan perubatan.

Tinjauan Edisi9 mendapati produk tersebut masih dijual di negara ini melalui pelbagai aplikasi.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan