27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hari Peneroka: Orang kerdil terima Anugerah Tokoh Generasi

Ruziah merupakan Ketua Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMEGANG kad orang kurang upaya (OKU) selaku orang kerdil, Dr Ruziah Ghazali diiktiraf sumbangannya apabila terpilih menerima Anugerah Tokoh Generasi 2021 di sambutan Hari Peneroka 2022 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Felda Rentam di Bera, Pahang, semalam.

Dalam satu hantaran ucapan tahniah di Facebook Felda Wilayah Raja Alias itu, Ruziah merupakan anak peneroka Felda Bukit Rokan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan.

“Walaupun memegang Kad OKU selaku orang kerdil, tetapi itu bukanlah halangan untuk beliau mengecapi kejayaan dan memberi khidmat bakti kepada masyarakat,” kongsi hantaran berkenaan hari ini.

Dalam hantaran yang sama turut dipaparkan Ruziah merupakan Ketua Cawangan Komunikasi Penghakupayaan OKU Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia.

Pada majlis itu, Felda Jengka 25, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2022 yang membolehkan peneroka di tanah rancangan itu menerima wang tunai RM1 juta manakala lima individu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Generasi 2021 termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang berasal dari Felda Wilayah Kuantan.

Selain Ruziah, turut menerima anugerah itu ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid dari Felda Wilayah Segamat.

Sambutan Hari Peneroka 2022 tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri mengumumkan peruntukan berjumlah hampir RM65 juta bagi pelaksanaan lima inisiatif untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan generasi baharu tanah rancangan itu dalam pelbagai aspek termasuk perumahan.

Inisiatif itu antara lain melibatkan dana berjumlah RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada pinjaman perumahan yang bakal dibuat generasi baharu FELDA, membolehkan golongan itu tidak perlu menyediakan cagaran bagi membuat pinjaman, sekali gus memudahkan proses pembiayaan bagi pembinaan rumah di lot generasi.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan