29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Harap teroka kerjasama industri pertahanan dengan Turkiye – PM

Malaysia terus mempertingkatkan keupayaan pertahanan menerusi teknologi terkini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar dapat menerokai peluang kerjasama dalam industri pertahanan dengan syarikat-syarikat Turkiye.

Beliau berkongsikan harapan berkenaan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Ismail Sabri, Malaysia terus mempertingkatkan keupayaan pertahanan menerusi teknologi terkini.

“Di Ankara, saya melawat Makine ve Kimya Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI), syarikat yang terlibat dalam industri pertahanan.

“Malaysia akan terus melangkah jauh dalam industri pertahanan bagi memastikan kedaulatan dan keamanan negara terpelihara,” katanya.

Untuk rekod, Perdana Menteri yang dalam lawatan rasmi empat hari ke Turkiye melawat MKE Corporation dan TAI.

MKE, sebuah syarikat milik kerajaan selaku pembekal utama kepada Angkatan Tentera Turkiye memiliki 10 kilang moden, lebih 400 produk terbahagi kepada empat kategori – peluru, senjata, roket, bahan letupan dan piroteknik.

Sementara itu, kilang pengeluaran TAI meliputi kawasan seluas lima juta meter persegi dengan 150,000 meter persegi kemudahan industri.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan