24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hanya belalai air, bukan puting beliung – MetMalaysia

Belalai air merupakan fenomena cuaca yang biasa berlaku di Malaysia dan boleh terjadi di mana-mana sahaja.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

FENOMENA didakwa puting beliung yang dirakam orang ramai di Pantai Siring, Merlimau di Melaka semalam dan turut tular dalam media sosial disahkan sebagai belalai air.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, belalai air merupakan sejenis puting beliung yang menghasilkan angin laju, sehingga boleh merosakkan harta benda terutamanya struktur-struktur binaan tidak kukuh.

Menurutnya, kejadian ketika hujan lebat di negeri ini semalam berlaku di sekitar perairan Pulau Besar dekat sini.

“Berdasarkan rakaman yang tular tersebut, kejadian belalai air ini terjadi di sekitar perairan Pulau Besar, Melaka. Waktu sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri lokasi berlakunya belalai air. Belalai air yang disertai angin kencang boleh menyebabkan laut bergelora yang berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

“Bagi mereka yang berada dalam rumah, sebolehnya duduk di tingkat bawah dan cari sudut ruang atau bilik paling kukuh binaannya serta jauhkan diri dari kawasan yang bercermin seperti tingkap dan pintu kaca,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Muhammad Helmi, belalai air merupakan fenomena cuaca yang biasa berlaku di Malaysia dan boleh terjadi di mana-mana sahaja, terutamanya apabila awan ribut mula terbentuk di kawasan lapang yang mempunyai kelembapan udara tinggi.

Menurutnya, kedudukan negara yang berada di kawasan tropika amat sesuai untuk pembentukan fenomena cuaca ini.

“Ia terbentuk disebabkan berlaku penumpuan angin di kawasan yang bertekanan rendah berbanding kawasan persekitarannya, pada skala diameter yang sangat kecil daripada beberapa meter sehingga ke 50 meter,” jelasnya. 

Semalam, tular satu video didakwa puting beliung yang menggemparkan penduduk di Pantai Siring selepas melihat kejadian berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan