29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Azizulhasni kongsi 5 tips buru kejayaan Komanwel Birmingham 2022

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak ketinggalan menitipkan kata semangat buat para atlet yang terlibat dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang telahpun membuka tirai.

Menerusi satu hantaran Facebook pada Jumaat, beliau berkongsi lima tips untuk para atlet memburu kejayaan di temasya antarabangsa yang berlangsung setiap empat tahun itu.

Lima tip untuk mereka berjaya di temasya Komanwel Birmingham 2022.

“Gabung kekuatan fizikal dan mental, tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, berjuang ke titisan darah terakhir, guna taktik dan strategi yang tepat serta miliki mentaliti juara,” katanya.

Beliau percaya semua atlet selain pegawai dan kakitangan daripada kontinjen Malaysia yang tampak segak dan bergaya bersedia untuk berjuang membawa balik sekurang-kurangnya enam pingat emas.

“Selamat berjuang kepada wira dan wirawati negara!,” katanya ringkas.

Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula secara rasminya selepas upacara pembukaan gilang-gemilang di Stadium Alexander, Perry Barr di Birmingham pada Jumaat.

Kontinjen Malaysia akan mempertaruhkan 104 atlet yang menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para.

Tangkap layar Azizulhasni Awang di Instagram beliau.

Malaysia menyasarkan enam pingat emas bersandarkan kepada barisan atlet negara yang mengambil bahagian pada temasya Komanwel kali ini, bagi menyamai rekod dilakar pada edisi 2014 di Glasgow.

Tanpa Azizulhasni, skuad berbasikal kebangsaan ke Birmingham terdiri daripada tiga atlet lelaki dan tiga wanita, gabungan pelumba berpengalaman dan baharu.

Pelumba basikal lelaki ialah Shah Firdaus, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom manakala wanita pula ialah Anis Amira Rosidi, Nurul Aliana Syafika Azizan dan bakat muda Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.

Temasya 12 hari itu akan bermula secara rasmi pada 7 malam (2 pagi Jumaat waktu Malaysia) yang berlangsung sehingga 8 Ogos.

Malaysia mensasarkan enam pingat emas dalam temasya kali ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan