28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

ABIM, MBM sambut baik usaha laksana pelan Generasi Penamat

Usaha terbaik dalam melahirkan generasi muda yang sihat, bebas daripada tabiat dan ketagihan merokok.

Mesti Baca

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) beliau hari ini menyambut baik langkah kerajaan untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat (GEG) dalam Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok yang akan dibentang di Parlimen.

Mereka menganggap langkah tersebut merupakan usaha terbaik Kementerian Kesihatan dalam melahirkan generasi muda yang sihat, bebas daripada tabiat dan ketagihan merokok.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pelaksanaan GEG itu akan membuka lembaran baharu untuk membentuk generasi Malaysia yang lebih sejahtera, sihat dan mampan yang kurang terdedah kepada risiko penyakit kronik.

“Secara tidak langsung juga akan mengurangkan kos merawat penyakit berkaitan rokok.

“Ini penting memandangkan anggaran kos untuk merawat penyakit berkaitan merokok dan penyakit EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) tanpa bil ini masing-masing akan meningkat kepada RM8.77 bilion dan RM369 juta menjelang 2030.

“Kos ini sangat besar untuk ditanggung oleh sektor penjagaan kesihatan awam dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Faisal berkata, langkah itu juga merupakan satu proses bagi mengurangkan kebergantungan keuntungan kewangan dan ekonomi negara dengan bahan-bahan yang melibatkan industri tembakau.

Advertisements
HASNUL HANIFF HARUN

Sementara itu Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Hasnul Haniff Harun berkata, cadangan tersebut amat signifikan dalam menyelamatkan anak muda daripada terjebak dalam aktiviti merokok atau vape.

Beliau berkata, generasi muda ini perlu dilindungi daripada perangkap ketagihan tembakau dan nikotin kerana gejala tersebut berpotensi membuka pintu kepada gejala buruk lain.

“Bukankah industri vape dan tembakau sememangnya bertujuan untuk membantu orang ramai berhenti ketagihan nikotin dan tidak dijual kepada individu bawah umur?,” katanya dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak undang-undang berkaitan antirokok yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 2004, bilangan perokok semakin meningkat iaitu 4.8 juta pada 2021, berbanding 4.7 juta pada 2011 seperti dilapor oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019.

“Sukar bagi KKM menyelesaikan isu ketagihan merokok dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan dewasa sebelum ini.

“Walaupun didedahkan dengan pelbagai penyakit yang berisiko, golongan ini seperti tidak peduli sehinggalah terkena pada batang hidung sendiri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan