24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

‘Tahniah Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia’

Wai Ching memenangi acara pendakian bangunan One World Trade Center dengan catatan 12 minit 46 saat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Soh Wai Ching kerana berjaya mengembalikan statusnya sebagai pelari menara nombor satu di dunia.

Pencapaian itu diperoleh Wai Ching selepas beliau mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat Sabtu lepas.

Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Wai Ching dan dan berharap beliau terus mengekalkan momentum kejayaan.

“Tahniah Soh Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia!.

“Keluarga Malaysia… jadikan kejayaan yang telah diukir oleh ahli keluarga kita sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Atlet berusia 27 tahun itu memenangi acara pendakian 2,226 anak tangga dan 104 tingkat bangunan One World Trade Center di New York itu dengan catatan masa 12 minit 46 saat.

Tempat kedua dimenangi pelari wanita AS, Shari Klarfeld (15:53s) dan ketiga oleh Maria Elisa Lopez Pimentel dari Mexico dengan catatan masa 16:02s.

Wai Ching seterus akan meneruskan pendakian menara di New York esok dalam saingan Fight For Air Climb NYC di Penn 1 Plaza, New York.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan