24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PERKESO, IJN meterai kerjasama Program Social Synergy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Institut Jantung Negara (IJN), hari ini, memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam Program Social Synergy.

MoU itu antara lain bagi perkongsian data, publisiti dan promosi program pencegahan serta pelbagai aktiviti dari semasa ke semasa antara PERKESO dan IJN.

Dalam MoU dimeterai itu, PERKESO diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, manakala IJN diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Aizai Abdul Rahim.

Mohammed Azman berkata, kerjasama itu bertujuan memastikan kesejahteraan pesakit dan keluarga IJN dapat dipelihara dan dilindungi menerusi faedah disediakan semua agensi menerusi program terbabit.

“Program ini membuktikan PERKESO bukanlah eksklusif kepada pencarumnya semata-mata. Sebaliknya, program ini turut boleh dimanfaatkan seluruh rakyat khususnya mereka yang memerlukan bantuan.

“Sejak 2020 hingga Mac 2022, statistik PERKESO menunjukkan terdapat lebih 10,000 prospek atau kes yang berjaya disalurkan ke pelbagai agensi berkaitan menerusi Portal Sistem MySynergy di bawah Program Social Synergy.

“Prospek ini seterusnya sudah dibantu agensi terbabit berdasarkan kesesuaian dan keperluan masing- masing,” katanya berucap pada majlis MoU berkenaan di sini.

Advertisements

Program Social Synergy PERKESO dilancarkan pada Ogos 2017, menyediakan satu platform ekosistem keselamatan sosial yang sistematik, komprehensif dan bersepadu kepada rakyat menerusi gabungan dan kolaborasi pelbagai rakan strategik di negara ini.

Program ini menjadi pusat sehenti yang menawarkan perlindungan keselamatan sosial yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia dengan matlamat utama mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Program yang berasaskan kolaborasi pintar dengan agensi menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kebajikan, latihan kemahiran, pendidikan kewangan, kesihatan dan pekerjaan, akan mewujudkan sebuah ekosistem keselamatan sosial yang holistik di negara ini.

Mohammed Azman berkata, setakat ini lebih 250 agensi membabitkan agensi kerajaan, bukan kerajaan dan wakil rakyat sudah menyertai program ini.

“Program Social Synergy turut disokong Portal Sistem MySynergy yang mengadaptasikan penggunaan teknologi ‘blockchain’ untuk perkongsian maklumat dan kes prospek.

“Portal MySynergy mempunyai keupayaan menjana pelan kecenderungan individu (prospek), menjejak kes prospek, pangkalan pengetahuan agensi, platform interaksi antara koordinator semua agensi dan menjana pelaporan analitik.

“Bagi menghasilkan data keselamatan sosial yang berkualiti, Sistem MySynergy menguruskan data analitik dengan cekap seperti data individu yang belum dibantu, data individu sedang dibantu dan data individu yang sudah dibantu,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan