30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM yakin ‘Speedy Tigers’ mampu tamatkan penantian 40 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaruh keyakinan skuad hoki negara mampu menunjukkan semangat jitu berdepan Korea Selatan dalam perlawanan akhir Super 4 Piala Asia di Gelora Bung Karno, Jakarta petang ini.

Malah beliau juga berharap seluruh rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar skuad kendalian Arul Selvaraj itu mampu menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun.

“Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini.

“Buat skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu menggegar Asia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Skuad hoki negara yang sebelum ini telah menempah slot ke Piala Dunia 2023 berjaya ke pentas akhir selepas membenam Jepun 5-0 semalam.

Peluang skuad negara untuk menjulang Piala Asia buat kali pertama sejak kejohanan itu diperkenalkan semakin cerah apabila mereka telah menjinakkan Korea Selatan sebelum ini.

Ini terbukti apabila mereka berjaya membenam pasukan itu 5-4 pada perlawanan di peringkat Kumpulan B dan seri 2-2 dalam persaingan Super 4.

Korea Selatan berjaya mara ke pentas akhir Super 4 selepas terikat 4-4 menentang India.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan