31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kenyataan hina Nabi Muhammad SAW

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kementerian sudah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.

Malaysia adalah antara negara terkini yang bersama mengutuk tindakan dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan yang mencetuskan kemarahan banyak negara Islam.

Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam satu kenyataan ‘mengecam dan membantah komen yang disifatkan menghina Nabi Muhammad SAW.’

Advertisements

Oman, Indonesia, Jordan, Iraq, Maldives, Bahrain dan Turkiye adalah antara negara yang turut mengecam kenyataan itu.

Parti Bharatiya Janata (BJP) sudah menggantung dua pemimpin parti itu yang didakwa mengeluarkan komen berbaur hasutan manakala Qatar pula telah meminta kerajaan India mengemukakan permohonan maaf.

Kuwait, Qatar, Iran, Arab Saudi dan Pakistan adalah antara negara terawal membuat bantahan secara rasmi terhadap provokasi itu.

Sementara itu, Universiti Islam tertua, Al-Azhar menyatakan, komen menghina yang dituturkan menyerlahkan kejahilan mengenai Islam, sejarah dan kehidupan Nabi Muhammad SAW dan rasulnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan