31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Bukti saham “Dacing” tengah naik…

Mesti Baca

URA-URA yang menyatakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor semakin kencang bertiup.

Keputusan tokoh perbankan muda yang meluluskan pembinaan stesen MRT di Puncak Alam dan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” kementerian itu menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Malah hasrat Tengku Zafrul itu disambut tangan terbuka oleh UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Menanggapi isu tersebut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang positif bagi BN.

“Sisi positifnya bermakna imej dan saham Dacing sedang meningkat naik sebab itulah ramai berpusu-pusu mahu kembali mengaku pejuang BN atau sudah menjadi ahli sekian lama. Alhamdulillah…,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Beliau bagaimanapun agak pelik dengan sikap Tengku Zafrul yang dibawa masuk ke dalam Kabinet sebagai Senator pada 2020 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisements

“Dulu tanya tak mengaku. Sekarang beriya-iya nak bertanding guna lambang Dacing. Dari Lembah Pantai ke Kuala Pilah, sekarang ke Kuala Selangor,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu juga mendapat maklum balas daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau turut melihat bahawa saham Dacing kini sedang melonjak sehingga menjadi pilihan pakar kewangan tersebut.

AHMAD SHABERY CHEEK – foto ASTRO AWANI

“Nak beli saham kena tengok pakar saham. Saham Dacing tengah naik baik beli awal-awal lagi.

“Saham Bunga tengah jatuh elok jual cepat…. Orang awam tak payah fikir banyak. Ikut trend semasa,” katanya sinis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan