32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4 pelajar Malaysia diterima masuk akademi tentera berprestij AS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya diterima melanjutkan pengajian di tiga akademi tentera berprestij Amerika Syarikat (AS), tahun ini.

Pelajar terbabit adalah Muhamad Danish Imran Zainudin dan Qarin Loqman Safriza dari Maktab Tentera Diraja yang melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Laut AS (USNA).

Zarif Mohd. Zamrin dan Edlan Mikyad Ahmad Syamly dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pula masing-masing melanjutkan pengajian ke Akademi Tentera Udara AS (USAFA) dan Akademi Tentera AS (USMA) West Point.

Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill berkata, kurang daripada 20 peratus pemohon antarabangsa dipilih kerana proses pemilihan adalah sangat ketat dan berdaya saing.

“Calon dinilai berdasarkan prestasi akademik, kebolehan fizikal, perwatakan dan potensi kepemimpinan mereka. 

“Empat kadet terlibat melalui proses pemilihan yang ketat dan berjaya terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.

Advertisements

“Tahniah kepada kadet dan keluarga mereka atas pencapaian luar biasa ini,” katanya.

Kesemua kadet tersebut diraikan dalam satu majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Newbill dan disaksikan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan.

Newsbill berkata, Malaysia kini mempunyai lima kadet di Akademi Perkhidmatan AS iaitu satu di Akademi Tentera AS, dua di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dan dua di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Perkembangan itu menyaksikan terdapat sembilan pelajar Malaysia meneruskan pengajian di Akademi Tentera AS.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan