29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Leia muncul peserta termuda wakili Malaysia ke IMO

Malaysia telah mengambil bahagian dalam IMO sejak 1995.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MURID Asas 3, Pusat GENIUS@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Leia Mayssa Masyerin terpilih mewakili Malaysia dalam International Mathematical Olympiad (IMO) 2022 di Oslo, Norway, 8 hingga 17 Julai ini.

Berita baik itu dikongsikan Pusat GENIUSpintar Negara dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Menurut hantaran berkenaan, penyertaan Leia itu sekaligus menjadi salah seorang peserta termuda mewakili negara ke pentas IMO.

“Tahniah… Semoga saudari Leia berjaya dan cemerlang dalam pertandingan ini dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

“Selamat Maju Jaya buat Leia dari kami warga Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM,” kongsi hantaran berkenaan, semalam.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan semoga berjaya buat Leia dalam penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa itu.

Advertisements

Untuk rekod, IMO yang penyertaannya membabitkan pelajar sekolah menengah merupakan pertandingan paling berprestij bagi pertandingan matematik peringkat antarabangsa.

IMO pertama telah diadakan pada tahun 1959 di Romania, dengan tujuh negara mengambil bahagian.

Pertandingan ini telah berkembang ke lebih 100 negara dari lima benua.

Malaysia telah mengambil bahagian dalam IMO sejak 1995.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman web IMO Malaysia, sehingga kini, 78 rakyat Malaysia telah mewakili negara di IMO.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelbagai usaha tingkatkan pendapatan Orang Asli – Zahid

KERAJAAN menerusi Jabatan Kemajuan Orang Aslia (JAKOA) melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan isi rumah Orang Asli dengan sasaran...

Lagi Artikel Berkaitan