KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada hari Khamis, 30 Jun ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada hari tersebut.
Manakala bagi calon persendirian pula, katanya, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada tarikh tersebut.
Di samping itu, KPM berkata, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Bagi semakan secara dalam talian, calon boleh melayari laman web http://myresultstam.moe.gov.my untuk
mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai 10 pagi pada 30 Jun sehingga pukul 6 petang,
6 Julai ini.
Manakala bagi semakan melalui SMS pula, calon boleh mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.
“KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik,” kata kenyataan itu. – Edisi 9