31.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Kawalan harga, subsidi bukan penyelesaian jangka panjang

Negara masih ketinggalan berbanding negara jiran terutamanya dari segi R&D sektor pertanian.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAWALAN harga dan subsidi yang dilaksanakan kerajaan pada masa kini bukanlah penyelesaian jangka panjang terhadap isu jaminan keselamatan makanan dan kenaikan harga bahan makanan di negara ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya penyelesaian jangka panjang yang holistik diperlukan dengan mengambil kira cabaran dan potensi sektor agromakanan di Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan Global Food Security Index 2021, terdapat penambahbaikan kedudukan Malaysia dalam memastikan bekalan adalah stabil berbanding tahun 2020.

“Namun begitu, negara masih ketinggalan berbanding negara jiran terutamanya dari segi penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian.

“Justeru, kerajaan perlu memberi penekanan yang serius terhadap usaha untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian.

“Di samping menambah baik infrastruktur pertanian secara berterusan dan memperluaskan penggunaan precision farming untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara dengan kos yang rendah,” katanya hari ini.

Beliau berkata selepas mengadakan Perbincangan Meja Bulat mengenai isu keselamatan makanan anjuran Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA) di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI serta pakar-pakar sektor pertanian yang terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan badan bukan kerajaan.

Baca juga:   Ini video lama keracunan di Pasir Gudang, bukan sebab vaksin

“Dr Sarena Che Omar dari Khazanah Research Institute (KRI) memberi pembentangan mengenai cabaran keselamatan makanan negara.

“Perbincangan hari ini memberi fokus kepada usaha untuk memastikan keselamatan makanan negara terjamin dan cadangan untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian negara.

Baca juga:   PM kagum semangat juang peniaga OKU

Selain itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, bagi menjamin keselamatan makanan negara, empat pendekatan secara holistik perlu diberi tumpuan iaitu capaian (accessibility), ketersediaan (availability), penggunaan (utilization) dan kelestarian serta kestabilian (stability & sustainability).

“Pendekatan-pendekatan ini mampu memberi penyelesaian jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan keselamatan makanan negara terjamin dan harga barang makanan stabil.

“Kesejahteraan rakyat dalam usaha pemulihan negara terus menjadi fokus saya selaku Pengerusi MPN dan Insya-Allah kegusaran rakyat dalam isu yang membebankan ini akan diperjuangkan oleh saya dan ahli-ahli MPN,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyatakan kenaikan harga barang makanan yang mendadak sejak kebelakangan semestinya memberi kesan yang besar kepada rakyat Malaysia.

“Walaupun antara sebab kenaikan harga ini merupakan faktor luaran seperti ketidakstabilan politik dunia, keputusan menarik balik kawalan harga dan subsidi juga akan pastinya memberi kesan ke atas kenaikan harga dan kos sara hidup.

“Sewaktu pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan saya, antara inisiatif prihatin rakyat yang diberi keutamaan adalah keselamatan makanan ataupun food security.

Menurutnya, satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan beliau selaku Perdana Menteri pada waktu itu mengenai Dasar Makanan Negara telah ditubuhkan pada 30 April 2020 bagi merangka Dasar Sekuriti Makanan Negara secara lebih holistik dan mampan.

Baca juga:   Harga barang: Kerajaan patut ambil langkah proaktif, bukan reaktif

Pada mesyuarat MPN yang lepas, saya turut menggesa supaya Jawatankuasa Kabinet tersebut diaktifkan semula dalam usaha memastikan keselamatan makanan terjamin.

Baca juga:   Muhyiddin bertanggungjawab, tidak 'lepas tangan' demi rakyat

-EDISI9

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan