26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Kakitangan KKM antara 2 maut dirempuh lori di Kuala Selangor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penyelia di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara dua lelaki yang maut, selepas dirempuh sebuah lori ketika menukar tayar kereta pancit di bahu jalan di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, berhampiran Bukit Rotan di Kuala Selangor semalam.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, penyelia di KKM Seremban, Negeri Sembilan berusia 55 tahun itu dan seorang lagi lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati tayar kereta Proton Preve dinaiki kakitangan KKM itu dipercayai pancit dan berhenti di bahu jalan.

“Kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun datang ke tempat kejadian dan cuba untuk membantu.

“Bagaimanapun tidak lama selepas itu, sebuah lori dari arah Kuala Selangor ke Kuala Lumpur dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa individu di bahu kiri jalan.

Baca juga:   Sindiket tumpas, polis sita aset termasuk dadah nilai RM3.7 juta

“Pada masa itu, sebuah kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (blind spot) pula, menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta sebelum melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ramli, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

Tambah beliau, ketika kejadian kawasan kemalangan berlaku di jalan lurus dua lorong dengan keadaan cuaca baik dan jalan rata serta disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca juga:   Belum ada aduan diterima kualiti Menu Rahmah

Sementara itu, video berdurasi 15 saat memaparkan kejadian itu tular di Facebook sejak Khamis.

Video berdurasi 15 saat itu berdasarkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dari kereta di belakang. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan