24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jasa, pengorbanan TUDM, vateren amat besar – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64.

Beliau menyatakan, jasa dan pengorbanan warga TUDM, selain veteran TUDM yang banyak menabur bakti demi keamanan hari ini amat besar.

Malah beliau turut menyifatkan, TUDM sebagai kuasa pelindung kedaulatan negara yang mempertaruhkan nyawa demi Keluarga Malaysia.

“Semoga TUDM terus menjadi kuasa udara yang disegani, dihormati dan kental dalam melindungi sempadan negara.

“Selamat Hari TUDM, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, TUDM kini telah pun mengapai usia 64 tahun semenjak penubuhannya pada 1 Jun 1958.

Bermula sebagai pasukan sokongan udara pada awal usia negara mengecapi kemerdekaan, TUDM kini menjadi lembayung kekuatan dan pertahanan kedaulatan ruang udara Malaysia.

Sepanjang usia penubuhannya, TUDM telah mengalami pelbagai proses transformasi bagi mempertingkatkan keupayaannya bagi memastikan angkatan udara ini relevan dalam menghadapi ancaman semasa.

Tema sambutan ulangtahun ke-64 TUDM pada tahun iaitu “Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara” merupakan gambaran peranan angkatan udara itu sebagai tonggak utama dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan