30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Kawalan ketat di pintu masuk, menjelang aksi Malaysia-Hong Kong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS meningkatkan kawalan keselamatan sepanjang perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, penugasan kawalan di dalam dan luar stadium ini bermula pukul 5.30 petang bagi memastikan keadaan keselamatan terjamin serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Sebagai langkah keselamatan, pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk dan juga selepas memasuki stadium. Petugas akan memeriksa badan mahu pun beg yang dibawa penonton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Idzam berkata, penonton juga tidak dibenarkan membawa masuk barangan terlarang ke dalam stadium seperti mercun dan bunga api, suar, topi keledar, laser, mancis serta pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras selain payung atau tongkat.

Baca juga:   METMalaysia nafi maklumat tular ribut bertembung

“Kita akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya terdapat penonton yang melanggar arahan yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran trafik, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam ke stadium dan patuhi arahan daripada anggota polis yang bertugas.

“Orang ramai diingatkan sama sekali untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium kerana tindakan saman dan tunda akan diambil ke atas kenderaan yang menghalang lalu lintas, ujarnya.

Baca juga:   Tipu RM40,000 selesai kes, dua pegawai SPRM didakwa

Dalam pada itu, kawalan ini turut diperketat pada perlawanan akan datang dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2022 dan Kelayakan AFC Asian China Cup 2023 yang dijadualkan bermula 8 Jun 2022 sehingga tamat perlawanan kumpulan H di SNBJ. – Edisi 9

Terkini

Adi Putra diangkat ikon BN, bantu kempen PRU15 kelak

PELAKON utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra diangkat menjadi ikon Pemuda Barisan Nasional (BN). Perkara itu dimaklumkan...

Lagi Artikel Berkaitan