26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Chong Wei muncul di TikTok, bersama Taufik Hidayat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini menggunakan aplikasi TikTok untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dalam sukan badminton selepas secara rasmi membuka akaun di platform itu.

Kehadiran Chong Wei menggunakan platform media sosial terkenal itu nampaknya membuatkan peminat-peminat teruja.

Pengurus Operasi Strategik TikTok, Darren Quek mendedahkan tanda pagar #badminton merekodkan 280,500 jumlah muat naik video dengan tontonan 5.7 bilion.

Ujarnya, tanda pagar #badmintonplayerattaining pula merekodkan jumlah muat naik video sebanyak 48,300 dengan jumlah tontonan sebanyak 1.1 bilion.

Badminton adalah salah satu sukan yang paling popular di Malaysia dan TikTok dijangka digunakan pada kempen Badminton Terbuka Malaysia akan datang.

“Kami berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi TikTok untuk berkongsi detik-detik ikonik membabitkan acara sukan seperti yang dapat dilihat ketika Piala Thomas dan Sukan SEA Ke-31 di Vietnam,” katanya menerusi kenyataan media.

Baca juga:   PM ucap tahniah kepada skuad badminton di Birmingham 2022

Menurut Darren, Chong Wei berjanji akan memberikan sokongan, berkongsi pengalaman buat semua atlet negara serta berinteraksi dengan pengguna-pengguna platform TikTok.

“Ramai pengguna menjadikan platform TikTok sebagai alternatif untuk mempelajari kemahiran baharu.

“Dengan adanya pengguna profesional, ia pasti dapat memupuk semangat kesukanan,” tambahnya.

Sementara itu, Chong Wei berkata dia teruja akhirnya menjadi sebahagian daripada komuniti TikTok dan gembira melihat rakyat Malaysia mengikuti sukan badminton.

“Saya tidak sabar untuk berkenalan dengan lebih ramai pengguna baharu dan menyampaikan pengetahuan saya mengenai sukan badminton melalui video pendek di TikTok,” jelasnya.

Baca juga:   Microsoft bakal ambil alih aplikasi kontroversi TikTok

Chong Wei akan membuat kemunculan pertama di laman TikTok live bersama pemain legenda Indonesia, Taufik Hidayat pada Rabu, 22 Jun 2022 pukul 9 malam.

Mereka akan berkongsi pengalaman sewaktu bertarung antara satu sama lain, pandangan tentang semangat kesukanan dan berinteraksi bersama peminat.

Jangan lupa untuk saksikan #BadmintonLegendsLIVE menerusi aplikasi TikTok dan ikuti akaun rasmi Chong Wei. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan