36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Empangan Bukit Merah surut, penduduk solat minta hujan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEADAAN air Empangan Bukit Merah di Perak yang semakin surut menyebabkan seramai 70 individu termasuk penduduk mengadakan solat sunat Istisqa atau solat minta hujan, pagi ini.

Ikhtiar tersebut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya dalam satu hantaran dalam Facebook rasminya hari ini.

Menurutnya, pagi ini beliau bersama para jemaah menunaikan solat Istisqa di bilik Empangan Bukit Merah.

“Di pagi Jumaat barakah ini memohon keampunan Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan kami. Jauhkanlah kami dari segala bala bencana yang menimpa.

“Ya Allah bantulah kami, jauhkanlah kami dari segala bala bencana. Kau turunkan hujan membasahi bumi ini khususnya di daerah kerian dan sekitarnya,” katanya.

Malah beliau berharap semoga para petani, pesawah dan para peniaga mendapat rahmat Allah dilimpahkan rezeki yang luas dilapangkan dari segala kesusahan.

Menurut beliau, seramai 70 lebih jemaah yang hadir dari agensi kerajaan, JPKK dan para penduduk.

“Solat dipimpin Tuan Guru Ustaz Ibrahim Zakaria dan khutbah dipimpin oleh Tuan Guru Sidek Nor,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran Kerian menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan bahawa bekalan air pengairan akan dihentikan secara berperingkat sepenuhnya setelah paras kolam Bukit Merah mencecah paras 6.096 meter.

Kata jabatan itu, keutamaan bekalan air dari kolam Bukit Merah kini adalah untuk rawatan air mentah oleh Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol dan Jalan Baru, Parit Buntar.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan