31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Tak Bai ‘bergegar’ lagi, tiga anggota keselamatan cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA anggota keselamatan Thailand cedera apabila sebuah stesen polis marin diserang menggunakan senjata api dan bom tangan malam tadi di Tak Bai dalam wilayah Narathiwat semalam, lapor akhbar Bangkok Post.

Memetik laporan media tersebut, serangan itu bermula sekitar pukul 9.35 malam (waktu tempatan).

Dianggarkan enam orang membaling bom ke stesen tersebut dan melepaskan tembakan menggunakan raifal automatik.

Polis melaporkan bahawa pihaknya mendengar bunyi tiga letupan, manakala serangan itu turut mencetuskan kebakaran.

Pasukan polis marin berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang

Dalam perkembangan sama, sebuah tong gas mencurigakan dilihat di sebuah kedai runcit berhampiran dan akan diperiksa oleh skuad pemusnah bom.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan tular di media sosial Facebook sejak malam tadi.

Berdasarkan klip-klip video yang tular, kejadian itu turut menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand terutamanya di Pengkalan Kubor, Tumpat panik.

Baca juga:   Saya akan lakukan apa sahaja untuk keadilan Bella - isteri TMJ

Menerusi video-video tersebut, penduduk di kawasan itu sempat merakam keadaan api marak yang berlaku di Tak Bai selain kedengaran bunyi tembakan yang kuat ekoran jarak yang dekat.

Wartawan

Terkini

KKD komited perkasa kesalinghubungan digital di Kedah

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) komited dalam memastikankesalinghubungan digital yang merupakan keperluan asas rakyat untuk terusdiperkasa. Menteri, Fahmi Fadzil...

Lagi Artikel Berkaitan