26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bomba barisan hadapan Keluarga Malaysia – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN bomba merupakan barisan hadapan Keluarga Malaysia yang sedia berkhidmat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan bomba wira kebanggaan negara, barisan hadapan yang sentiasa bersedia, tanpa kira waktu membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan.

“Siap siaga pada setiap bencana, marak api mereka tawan, untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia demi tugas yang diamanahkan.

“Terima kasih kepada anggota Bomba dan Penyelamat negara. Selamat Hari Bomba Sedunia, Bomba barisan hadapan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut meluahkan perasaan bangganya kerana mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa komited.

“Bangga kerana mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab demi keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan