26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

KPM ambil tindakan sewajarnya selesai isu guru COS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam proses mengambil tindakan wajar berhubung isu membabitkan guru kontrak perkhidmatan (COS) yang bakal menamatkan kontrak masing-masing Jun depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, arahan juga sudah dikeluarkan pihaknya supaya perkara itu diberi perhatian dan diselesaikan segera.

“Apabila ada kelapangan, saya akan baca komen-komen yang ada di media sosial saya. Dalam ruangan tersebut, selain daripada ucapan hari raya, ada juga komen yang dititipkan mengenai guru COS ambilan Jun 2020.

“Untuk makluman, KPM sentiasa prihatin akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat tentang pendidikan. Terkini, perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS mereka pada Jun 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Radzi lagi, isu membabitkan guru COS seperti dibangkitkan itu sememangnya berada dalam perhatian pihaknya.

Baca juga:   Pembukaan Langkawi pulihkan sektor penerbangan

“Dalam hal ini, saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera.

“KPM dan SPP sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa, dengan pengumuman akan dibuat selepas proses itu selesai.

“Kami di KPM komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi anak-anak pewaris negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan