25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Mayat mangsa kemalangan ditemukan kembung, berulat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki yang sudah mulai kembung dan berulat dipercayai akibat kemalangan di Sook, Keningau, Sabah ditemukan, petang tadi.

Mangsa berusia 22 tahun yang menaiki motosikal itu dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Tulid menuju ke Kampung Kuit, di sini.

“Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui satu selekoh tajam sebelum terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam parit berhampiran.

“Siasatan awal di lokasi, mangsa ditemukan di dalam parit dipercayai dalam tempoh sehari atau lebih berikutan keadaan mayat yang sudah mulai kembung dan berulat.

“Mangsa menunggang motosikal seorang diri dan dipercayai meninggal dunia sejurus selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Tiga maut Proton Saga bertembung BMW dekat Muadzam

Nor Rafidah berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri berdasarkan kedudukan motosikal dan mayat mangsa.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan