25 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Berkat ketentuan Yang Maha Esa, UMNO bangkit penuh hikmah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan usia 76 tahun menjadikan UMNO semakin matang, hebat, penuh pengalaman dan pengetahuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila UMNO memasuki usia 76 tahun terus kukuh dalam perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Alhamdulillah berkat ketentuan Yang Maha Esa bersama kita bertahan, kita menentang dan kita bangkit dengan penuh hikmah serta bijaksana.

“UMNO mara tanpa mengheret rakyat ke kancah kekalutan dan huru hara, UMNO bergerak seiring menjulang erti sebenar demokrasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, UMNO masih kekal dalam semangat dan jati diri parti politik terbesar orang Melayu berpaksi degap demi rakyat, demi negara.

Menurut beliau, masih diingati selepas 9 Mei 2018, UMNO cuba dikhabarkan telah tiada, tidak lagi relevan, malah UMNO dituduh tiada hala tuju.

Baca juga:   Usaha wujudkan kerajaan baharu melalui ‘Projek 7 Julai’?

“Presiden barunya ditekan agar membubarkan parti, pimpinan dan ahlinya yang setia diasak supaya menyerah berpaling tadah.

“Ujian dan pancaroba baharu membuatkan UMNO lebih berketerampilan dan ke hadapan,” katanya.

Menurut beliau lagi, anasir perpecahan yang cuba disuntik gagal mengoyah kemuafakatan dan kesatuan para pendokong UMNO.

Sebaliknya ujar beliau, senario berkenaan menjadikan UMNO lebih memahami betapa penting parti keramat agama, bangsa dan negara ini dipertahankan.

Baca juga:   PM berkempen di PRN Johor sebab nak jadi Presiden parti?

“InsyaAllah selagi ada kudrat dan upaya izin Allah S.W.T, Presiden UMNO akan memastikan kebangkitan ini tidak sesekali terpadam.

“UMNO akan terus mara walau apa rintangan serta halangan demi mengangkat kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua,” tegasnya.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan