24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM harap UMNO terus kukuh payungi, lindungi seluruh rakyat

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap agar UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, hari ini genap 76 tahun partin itu menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.

“Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.

“Kepada seluruh ahli UMNO, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi Facebook hari ini sempena Ulang Tahun Ke-76 UMNO.

Sementara itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid bersyukur kerana dalam saat UMNO memasuki usia 76 tahun, jiwa ahli UMNO kian utuh dan teguh serta dengan semangat dan jiwa yang membara untuk kembalikan mandat rakyat untuk menjadi parti dominan dalam mentadbir kerajaan Malaysia.

“Ayuh warga UMNO kita bersolidariti dan berpimpinan tangan dalam satu ukhuwah semangat juang demi membela nasib bangsa, agama dan tanahair.

Advertisements

“Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-76 ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semangat UMNO yang segar dan baharu,” kata beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berterima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli UMNO di semua peringkat yang terus kekal menjadi pendukung kuat parti.

“Mereka semua inilah, disaat UMNO di atas dan berkuasa, disaat UMNO jatuh dan hilang segala-galanya, mereka kekal sebagai pendukung kuat parti ini,” katanya.

Beliau berkata, komitmen, sumbangan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi merekalah hari ini UMNO terus hidup dan menyambutnya dalam keadaan parti masih kekal, segar dan berdaya tahan.

“Adalah diharapkan mereka sentiasa dalam perlindungan Allah SWT agar dapat terus menyumbang dan menjadi nadi kepada UMNO ini, ameen,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan