32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Ada nombor? Sila tekan butang’, kata Najib kepada Muhyiddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin agar ‘menekan butang’ jika benar Presiden Bersatu itu mempunyai cukup sokongan untuk membentuk kerajaan dan kembali menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu mengulas dakwaan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang telah menghubunginya dua bulan lalu untuk mendapatkan sokongannya menjadi Perdana Menteri semula.

Najib dalam nada sinis turut mengalu-alukan pembentukan Pakatan Harapan 2.0 iaitu gabungan parti-parti politik bukan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan sedang dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Belum ada sebarang penafian daripada PN (Perikatan Nasional) atau PH sejak semalam setelah berita ini dibongkar oleh Presiden parti Warisan.

“Muhyiddin kata ada 119 sokongan ahli parlimen, dah runding dengan Anwar (Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP).

“Jika sudah ada sokongan 119 maka tekanlah butang sekarang… Welcome PH 2.0!,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Mohd Shafie dilaporkan Astro Awani berkata, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Mohd Shafie berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Bersama Rakyat di Sandakan, pada Ahad.

Dalam pada itu dalam sidang media, beliau menegaskan bahawa gabungan parti politk yang ada ketika ini hanya untuk memuaskan nafsu pemimpin.

“Apa ertinya kalau kita parti bergabung-gabung tujuannya untuk menyatukan umat itu, bukan menyatukan umat, itu menyatukan nafsu pemimpin-pemimpin itu,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan