25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pemandu van sekolah ‘selamba’ langgar lampu merah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIDAK memikirkan keselamatan anak-anak langsung.

Dengan ‘selamba’ sahaja langgar lampu isyarat tanpa memikirkan risiko yang boleh terjadi!

Itulah situasi yang berlaku apabila seorang pemandu van sekolah didapati telah melanggar lampu isyarat ketika merah di sebuah persimpangan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Johor dan situasi tersebut sempat dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada di belakang van sekolah terbabit.

Video tersebut telah mula tersebar di media sosial sejak kelmarin apabila mendapat lebih 70,000 perkongsian daripada pengguna Facebook dan Twitter.

Tindakan berbahaya tersebut telah mengundang pelbagai kritikan dan kecaman oleh orang ramai kerana bimbang akan keselamatan murid-murid sekolah di dalamnya.

“Bawa murid, langgar lampu merah,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Selamba kau langgar lampu merah, bawa anak orang, nyawa ramai, jangan ikut kepala sendiri, tarik lesen sahaja pemandu macam ini,” komen Fakrul.

“Mohon cari pemandu tersebut, anak anda ada di dalam van,” ujar @Mr Pungguk.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan