32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

24 jumlah Anugerah Hari Guru disediakan

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 kembali dirancakkan dengan penyediaan pelbagai aktiviti menarik dan anugerah berprestij

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 kembali dirancakkan dengan penyediaan pelbagai aktiviti menarik dan anugerah berprestij selepas dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19.

Pada tahun ini, Kelantan menjadi tuan rumah apabila sambutan diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok di sini bermula hari ini hingga 16 Mei depan.

Dalam sambutan kali ini, sebanyak 24 jumlah Anugerah Hari Guru disediakan, bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka, yang meliputi Anugerah Utama bagi Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan yang akan disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 16 Mei 2022.

Penerima bagi kedua-dua anugerah utama tersebut bakal membawa pulang wang tunai RM40,000, pingat emas RM10,000 dan diiringi hadiah iringan plak, sijil dan replika cek.

Lain-lain anugerah prestij yang akan disampaikan sepanjang sambutan Hari Guru ini adalah, seperti Anugerah Khas Pendidikan meliputi Pencipta Kandungan Digital (Digital Content Creator); Inovasi Pendidikan; Kesukarelawanan; Kepimpinan (Rendah); Kepimpinan (Menengah) dan Guru Gigih Pedalaman dengan masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM5,000 tajaan Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Sementara itu, Anugerah Guru Inovatif meliputi Individu Prasekolah; Individu Sekolah Rendah; Individu Sekolah Menengah; Kumpulan (Prasekolah Hingga Menengah); Individu Lepas Menengah dengan masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM3,000 tajaan Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Anugerah Guru Cemerlang tajaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad sebanyak RM3,000 pula meliputi kategori Guru Cemerlang OKU; Guru Cemerlang Pendidikan Khas; Guru Sekolah Khusus (SDH, SBJK, Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney); Guru Orang Asli/Peribumi; Guru Hebat Bahasa dan Guru Cemerlang Sekolah Swasta.

Selain itu, Anugerah Ikon turut diberikan kepada Guru Inovasi PdPR; Guru STEM/TVET; Guru Pendidikan Maya dan Guru Seni Budaya Wang Tunai yang masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM3,000, manakala Guru Kokurikulum dan Sukan Wang Tunai dengan tajaan dari Nestle Products Sdn. Bhd. (MILO)sebanyak RM5,000.

Lebih menarik, rangkaian global restoran khidmat segera, McDonald’s turut tampil dengan Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s buat tahun keenam selepas dianjurkan buat kali pertama pada 2017.

Sebanyak 25 penerima akan menerima penganugerahan tersebut dengan kriteria pemilihan AGI McDonald’s berdasarkan kepada kisah guru yang paling berinspirasi.

Setiap pemenang akan menerima wang tunai RM5,000 yang akan disampaikan esok selain Anugerah Cikgu Juara Digital dengan tiga penerima. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan