31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar, Nilai, Negeri Sembilan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor, mengalami masalah brek.

“Berikutan itu, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.

“Akibat kemalangan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan iaitu luka di kepala.

“Bagaimanapun, pemandu lori dan pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, keputusan ujian air kencing pemandu lori didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:   Raja Perlis terima menghadap Perdana Menteri

Ujae beliau, polis menasihati orang awam agar memandu dalam keadaan selamat dan patuh kepada kelajuan ditetapkan terutama ketika musim perayaan ini.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan