34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

JKN Perak nafi doktor paksa warga emas divaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Perak menafikan terdapat elemen paksaan pengambil vaksinasi Covid-19 terhadap kes seorang warga emas yang mengalami ruam dan nanah teruk selepas mendapatkan dos tunggal vaksin Cansino di Klinik Kesihatan (KK) Padang Rengas, Kuala Kangsar.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, hasil siasatan mendapati warga emas terbabit hadir seorang diri ke KK pada 6 April lalu bagi rawatan susulan penyakit kronik dialaminya iaitu Dyslipidemia sebelum melalui sesi konsultasi di bilik rawatan bersama Pegawai Perubatan.

Menurutnya, hasil konsultasi mendapati lelaki warga emas berkenaan belum pernah menerima suntikan vaksinasi COVID-19.

“Pegawai Perubatan terbabit memberikan kaunseling kepadanya mengenai suntikan dos tunggal vaksin CanSino.

“Ia memandangkan warga emas itu mempunyai masalah logistik dan sukar untuk datang ke klinik semula sekiranya terpaksa hadir untuk dos kedua. Dia kemudian bersetuju menerima suntikan terbabit selain sudah menandatangani borang persetujuan dan disuntik pada hari sama.

“Warga emas itu datang semula ke klinik pada 8 April lalu bersama seorang waris dan mengadu mengalami ruam di bahagian kiri atas dada, leher dan bahu sebelum dia dirujuk untuk rawatan lanjut di Klinik Pakar Dermatologi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujar Dr Ding lagi, ujian makmal Tzanck Smear yang dijalankan pada 11 April lalu oleh Pakar Dermatologi, Hospital Taiping mendapati lelaki berkenaan positif menghidap penyakit kayap atau Herpes Zoster.

Menurutnya, warga emas berkenaan kini stabil dan dirawat sebagai pesakit luar, selain sudah diberikan ubat antiviral dan ubat tahan sakit.

“Selain itu, warga emas itu turut diberikan tarikh janji temu susulan di klinik pakar pada 19 Mei depan.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai seorang pengguna Twitter yang mendakwa datuknya dipaksa mengambil dos penggalak oleh doktor di KK Padang Rengas, Kuala Kangsar yang seterusnya menyebabkan kegatalan dan nanah teruk pada kulit.

Pengguna Twitter dengan nama pengguna @qwisticha itu mendakwa, datuknya dipaksa mengambil suntikan dos penggalak tanpa sebarang persetujuan menerusi dokumentasi dan rujukan rekod.-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan