25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

11,994 kes positif COVID-19 dilaporkan, 36 kes BID

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 negara semalam merekodkan sebanyak 11,994 lagi kes positif.

Dengan pertambahan tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu kini mencecah 4,292,585 kes.

Berdasarkan data melalui laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 16,603 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,099,786 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, setakat ini.

Dalam pada itu, jumlah kadar kematian akibat COVID-19 merekodkan sebanyak 36 kes, dengan sembilan adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sembilan kematian dilaporkan di Selangor termasuk empat kes BID disusuli lima kes kematian masing-masing di Perak (termasuk satu kes BID) dan Sarawak.

Empat kes kematian dilaporkan di Johor (dengan satu kes BID) dan Pulai Pinang; masing-masing dua kes di Terengganu (termasuk satu kes BID) dan Putrajaya manakala masing-masing satu kes kematian di Melaka (kes BID), Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur (kes BID).

Setakat tengah malam tadi juga, bilangan kes aktif kini sebanyak 157,571 dengan majoriti iaitu 153,859 menjalani isolasi di rumah.

Seramai 3,174 pesakit kini dirawat di hospital manakala 341 pesakit lagi kini menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan