27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zii Jia berdepan ‘pembunuh gergasi’ malam ini

Lakshya Sen, pemain India itu telah menumbangkan beberapa pemain utama dunia sejak kebelakangan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAGUH perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan berwaspada dengan ancaman pemain India, Lakshya Sen yang ketika ini digelar sebagai ‘pembunuh gergasi’.

Kedua-dua pemain handal tersebut akan membuat perhitungan dalam aksi separuh akhir Seluruh England di Utilita Arena Birmingham, malam ini.

Memetik laporan BH Online, pemain nombor tujuh dunia itu berkata, peningkatan prestasi luar biasa ditunjukkan Lakshya Sen sejak kebelakangan ini dengan menewaskan beberapa pemain utama dunia membuatkan dia perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku di dalam gelanggang.

“Sudah pasti kemenangan hari ini (menewaskan Kento Momota, awal pagi tadi) meningkatkan lagi tahap keyakinan saya. Namun, saya akan bertemu Lakshya Sen yang bermain sangat baik sejak kebelakangan ini.

“Dia semakin meningkat naik, buktinya dia berjaya menewaskan Viktor Axelsen…Anders Antonsen dan saya percaya dia akan menjadi salah seorang pemain utama dunia. Jadi, saya perlu buat persiapan dan buat yang terbaik dalam perlawanan nanti,” kata Zii Jia yang tampil kali ini sebagai juara bertahan.

Terdahulu, Zii Jia melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya apabila dia menumbangkan bintang Jepun, Momota 21-7, 13-21, 21-11 dalam aksi suku akhir.

Tahun lalu, pemain kelahiran Alor Setar, itu yang kini bergerak secara profesional dan mendapat bimbingan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya turut menewaskan Momota di suku akhir dalam laluannya bergelara juara.

Sebagai rekod, Zii Jia baru sekali bertemu dengan Lakshya Sen iaitu ketika saingan Siri Antarabangsa India yang menyaksikan lawannya itu melakar kemenangan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan