29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

3 kategori pengembara tak perlu lagi jalani ujian Covid-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERMULA Khamis ini, pengembara dari luar negara yang tiba di Malaysia melalui tiga kategori tidak perlu lagi menjalani ujian COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) (kendiri dan profesional) yang ditetapkan seperti sebelum ini selepas ketibaan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, prosedur baharu itu terpakai untuk pengembara memasuki Malaysia melalui program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat Malaysia-Singapura, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan Pusat Sehentian (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek.

Selain itu, Khairy berkata KKM turut menggugurkan keperluan menjalani ujian kendiri RTK-Ag bagi pengembara umum dari United Kingdom yang sebelum ini perlu dilakukan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

“Keperluan Pegawai Pengiring bagi pelawat perniagaan jangka pendek Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menggunakan kemudahan OSC untuk memasuki Malaysia turut digugurkan.

“Namun masih perlu mengikut jadual program terkawal yang diluluskan oleh Jawatankuasa OSC.

“Walaubagaimanapun, ujian pengesanan COVID-19 yang perlu dijalani dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa ketibaan di Malaysia masih dikekalkan seperti protokol sedia ada.

“Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa prosedur baharu ini hanya terpakai ke atas pengembara yang memasuki Malaysia melalui program VTL, LITB dan OSC sahaja,” katanya. – Bernama

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan