27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

2 sungai di Terengganu masih catat paras bahaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJADIAN hujan lebat berterusan menyebabkan dua sungai utama di Terengganu mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya sehingga 9 pagi hari ini.

Selain itu, satu sungai lagi direkodkan melepasi paras amaran, manakala empat sungai mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Ketika ini, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend penurunan.

Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun dengan bacaan 13.77 meter (m) berbanding paras normal 5 m.

Turut melepasi paras bahaya adalah Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman dengan bacaan 6.50 m.

Advertisements

Sementara itu, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu yang berada pada paras 12.85 m direkodkan melepasi paras amaran.

Empat sungai yang melepasi paras waspada adalah dua sungai di Setiu serta masing-masing satu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Di Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap (19.84 m) dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (7.77 m).

Turut melepasi paras waspada adalah Sungai Terengganu di Muzium Terengganu, Kuala Terengganu yang mencatatkan 1.63 m dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus yang mencatatkan bacaan 2.23 m.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan