30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TNC HEP UiTM bergegas ke Seri Iskandar

Bagi mendapatkan gambaran situasi sebenar berhubung isu pensyarah hina mahasiswa B40 kerana tidak memiliki komputer

Mesti Baca

TIMBALAN Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Mohd Sazili Shahibi telah bergegas ke UiTM Seri Iskandar hari ini susulan tular video seorang pensyarahnya yang didakwa menghina seorang mahasiswa kerana tidak memiliki komputer.

Tindakan proaktif beliau itu bagi mendapatkan gambaran situasi sebenar berhubung isu yang menjadi perhatian umum itu.

“BHEP (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) sentiasa cakna dan ambil peduli akan permasalahan mahasiswa khususnya golongan mahasiswa B40 UiTM,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebelum itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor menyeru para pelajarnya yang berhadapan dengan masalah agar berhubung terus dengan pihak fakulti dan universiti.

Katanya, ini bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.

“Dalam merealisasikan keberkesanan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang terbaik, semua pihak perlu berganding bahu dari semua aspek,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi UiTM.

Roziah berkata, UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.

Menurut beliau, kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.

“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat mengenai seorang pensyarah yang kelihatan tidak berpuas hati terhadap seorang pelajar semester lima yang belajar secara dalam talian menggunakan telefon bimbit, bukan komputer.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan