24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

SPM 2021 sesi kedua 5 April ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei ini.

KPM menerusi kenyataan memaklumkan peperiksaan SPM 2021 sesi kedua itu melibatkan Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis.

Katanya, ia dilaksanakan bagi calon yang tidak dapat menduduki kesemua ujian itu yang dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac ini.

Calon tersebut adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.

“LP ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April ini,” katanya.

KPM berkata, semua maklumat tersebut boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Advertisements

Katanya, jadual waktu peperiksaan SPM 2021 sesi kedua serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my juga pada 1 April ini.

“Calon juga diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan.

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM serta prosedur operasi standard ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan KKM,” katanya.

KPM memberitahu, ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19 dan rujukan garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin berkata, pastinya calon serta ibu bapa yang anak-anak mereka tidak dapat menduduki peperiksaan SPM 2021 akibat COVID-19 atau terkesan dengan bencana banjir ternanti-nanti pemakluman tarikh baharu untuk mereka menduduki peperiksaan tersebut.

“Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua bagi kumpulan calon terbabit,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.–Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan