32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Risda salur RM2.5 juta untuk kelas tuisyen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menerusi agensinya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), memperuntukkan RM2.5 juta bagi pelaksanaan Program Tuisyen khas kepada anak-anak pekebun kecil yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kelas tuisyen untuk 3,000 pelajar itu akan dilaksanakan di seluruh negara di kawasan pekebun kecil Risda.

“Risda menyediakan pusat tuisyen untuk anak-anak pekebun kecil ada 25 pusat tuisyen SPM tahun 2022 dan di Pandang Terap, kita ada lima buah sekolah iaitu SMK Padang Terap, SMK Kuala Nerang, SMK Dato’ Syed Ahmad, SMK Naka dan SMK Pedu yang akan melaksanakan tuisyen ini, “katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Risda Prihatin Pekebun Kecil Makmur Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.

Baca juga:   Vaksin: Kenapa perlu tuding jari kepada media?

Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Abd. Ghani @ Zulkifli Zainuddin dan
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Ali Sabuddin Abdul Samad.

Jelas Mahdzir, kelas tuisyen tersebut dilaksanakan pada hari minggu dan waktu petang selepas tamat sesi persekolahan.

Mata pelajaran yang diajar pula akan dipilih mengikut keutamaan peperiksaan SPM.

“Risda juga akan sediakan guru untuk kelas tuisyen anak-anak pekebun kecil yang bakal menduduki SPM dan ia adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat atau CSR kepada pekebun kecil Risda,” katanya.

Baca juga:   Kaki judi Piala Dunia Qatar ditangkap di Batu Pahat

Sementara itu, pada majlis yang sama Mahdzir menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 330 pelajar anak-anak Pekebun Kecil Risda daerah Padang Terap.

Sumbangan daripada Yayasan Risda itu bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga pekebun kecil Risda.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan