29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Sindiket tumpas, polis sita aset termasuk dadah nilai RM3.7 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang dikesan mulai aktif pertengahan Januari lalu dan menyita pelbagai aset milik sindiket terbabit
dengan jumlah rampasan termasuk dadah adalah sebanyak RM3.7 juta, Khamis lalu.

Difahamkan, aset berkenaan adalah seperti empat buah kereta serta wang tunai dengan nilai keseluruhan RM332,900.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Selangor membawa kepada kejayaan dadah seberat 1.33 tan metrik dirampas polis dalam serbuan sebuah rumah di Subang Jaya yang dijadikan stor penyimpanan dadah berkenaan.

“Serbuan berkenaan membawa kepada penangkapan empat lelaki berusia antara 23 hingga 46 tahun dalam tiga tempat berasingan termasuk di Rawang dan Semenyih pada hari yang sama.

“Daripada empat yang ditangkap, dua adalah penganggur, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi adalah bekerja sebagai despatch. Saringan awal polis terhadap empat suspek terbabit, terdapat salah seorang daripada mereka positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC).

“Semakan rekod jenayah juga mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah yang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ayob Khan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B akta sama.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, kesemuanya boleh dikenakan hukuman gantung.

“Polis masih lagi melakukan siasatan bagi mengenal pasti pergerakan aktiviti sindiket berkenaan.

Dalam pada itu, Ayob Khan sekali lagi menegaskan berlaku peningkatan penyeludupan dadah di negara ini yang dibawa masuk melalui sempadan di utara tanah air.

Menurutnya, ganja terbabit yang dibawa masuk melalui laluan darat itu perlu terus diedar kepada penagih dan tidak boleh disimpan terlalu lama untuk elak kualitinya menurun.

“Seperti mana dikatakan dalam sidang akhbar lepas, kita dapati terdapat peningkatan ketara kemasukan dadah jenis ganja dari Golden Triangle ke Malaysia, musim menuai sekarang ini.

“Di sempadan negara kita, banyak lorong-lorong tikus yang boleh digunakan untuk seludup dadah, banyak kaedah digunakan, tetapi mereka memang menggunakan jalan darat,” jelasnya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan