34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sempadan negara akan dibuka, boleh rai Hari Raya – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan sempadan negara akan dibuka dalam masa terdekat bagi membolehkan Keluarga Malaysia yang terpisah selama hampir dua tahun, dapat bertemu dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama.

Menurut Perdana Menteri, ketika ini negara sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) ke beberapa negara tertentu sebagai langkah berperingkat dalam membuka semula sempadan antarabangsa

“Ahli keluarga yang sudah lama terpisah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta penutupan sempadan, mengharapkan dapat bersama semula tidak lama lagi, termasuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Hari raya ni ramai tunggu-tunggu. Dalam waktu terdekat kita akan mula membuka sempadan negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Johor di Johor Bahru hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Halimah Sadique serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Selain Singapura dan Indonesia, kerajaan dalam proses melaksanakan VTL dengan Brunei, Kemboja dan Thailand.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, program JAKM merupakan manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat, secara turun padang ke seluruh negara.

Advertisements

Katanya, pelaksanaan JAKM di Johor sebagai destinasi pertama, telah merekodkan hasil jualan keseluruhan berjumlah RM186,191.

Ismail Sabri berkata, program itu turut mencatatkan kejayaan apabila sasaran untuk RM3 juta untuk padanan perniagaan telah mencapai RM5.26 juta.

“Jualan tersebut dihasilkan melalui enam booth jualan Keluarga Malaysia yang mengambil bahagian bernilai RM49,110.00.

“Bagi segmen Jualan Usahawan yang melibatkan 150 booth turut merekodkan jualan sebanyak RM130,447.40, segmen jualan Citarasa Keluarga Malaysia yang membabitkan sembilan booth mencatatkan jualan sebanyak RM27,811, manakala bagi jualan Food Truck pula mencatat jualan RM22,346,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri mengharapkan JAKM dapat memberi nilai tambah baharu, yang akan mendasari setiap usaha ke arah meningkatkan sistem penyampaian kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau mendoakan agar Hasni terus diberi sokongan untuk menerajui Kerajaan Negeri Johor, demi memastikan kestabilan di setiap peringkat pentadbiran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan