28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN Johor: 50 peratus keluar mengundi, setakat 4 petang

Hasni Mohammad menzahirkan keyakinan peratusan keluar mengundi boleh mencecah antara 60 hingga 70 peratus sebelum pusat mengundi tutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA 50 peratus peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilaporkan setakat pukul 4 petang tadi.

Laporan tersebut dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya di laman twitter hari ini.

Dengan perkembangan peratusan rendah itu bagaimanapun tidak sedikit pun mendatangkan kegusaran malah Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad menzahirkan keyakinan peratusan keluar mengundi boleh mencecah antara 60 hingga 70 peratus selepas proses pengundian selesai pada pukul 6 petang nanti.

Beliau berkata, peratusan yang rendah setakat ini berkemungkinan kerana rakyat bimbang kepada penularan COVID-19.

“Corak peratusan keluar mengundi itu berlaku dalam semua kaum.

“Kita mendapati ramai pengundi-pengundi golongan dewasa (tidak keluar) mungkin atas sebab bimbang COVID-19.

“Mereka tidak begitu ghairah keluar undi, ini (berlaku dalam) semua kaum sama ada Melayu, Cina atau India,” katanya kepada pemberita di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, di sini, lapor Astro AWANI.

Terdahulu, Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor selesai mengundi kira-kira pukul 4.10 petang, di sini.

Mengulas lanjut, Hasni berkata pengundi dalam kalangan warga tua juga tidak begitu ramai keluar berikutan masalah kesihatan.

“Tapi saya yakin peratusan akan bertambah sebelum pusat mengundi tutup,” katanya.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan