24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRN Johor: Hasni menang selesa di Benut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar, Datuk Hasni Mohamad menang selesa selepas memperoleh 10,896 undi dalam persaingan empat penjuru di Benut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dengan majoriti 5,859 undi, beliau menewaskan Datuk Isa Ab Hamid (Perikatan Nasional – PN/Bersatu) yang mendapat 5,037 undi, Haniff Ghazali Hosman (PKR) dengan 1,200 serta Iskandar Noor Ibrahim daripada Pejuang yang hilang deposit selepas hanya mendapat 139 undi.

Sementara itu, calon BN daripada MCA, Ling Tian Soon membuat kejutan apabila memenangi kerusi Yong Peng, menewaskan calon PH/DAP dan PN/Gerakan dengan majoriti selesa iaitu 2,741 undi.

Beliau memperoleh 9,870 menewaskan Tee Boon Tsong (PH) yang mendapat 7,129 undi manakala Susan Yong (PN) dengan 1,681 undi.

Advertisements

Terdahulu, keputusan tidak rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului di 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 8 malam.

Kerusi itu merangkumi DUN Buloh Kasap, Benut, Larkin, Kota Iskandar, Permas, Panti, Tenggaroh, Bukit Naning, Maharani dan beberapa lagi kerusi.

Pilihan raya kali ini menyaksikan seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan kira-kira 3.52 juta penduduk negeri ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan