23.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 30, 2022

PicKids : 37.3 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2,947,622 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 15,758,429 individu atau 67 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,228,125 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat semalam juga, sebanyak 51,867 dos vaksin sudah diberikan yang membabitkan 4,949 suntikan pertama, 1,438 suntikan lengkap dan 45,480 suntikan dos penggalak.

Dengan pertambahan jumlah vaksin itu, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos.

Baca juga:   Muhyiddin pengerusikan sidang khas MKN dari hospital

Dalam pada itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 33 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 12 kes.

Diikuti Kuala Lumpur dan Perak empat kes, manakala Sarawak dan Pahang pula masing-masing mencatatkan tiga kes.

Selain itu, Pulau Pinang dan Selangor merekodkan dua kes, manakala masing-masing satu kes di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan.- Edisi 9

Baca juga:   Vaksinasi kanak-kanak di Pahang bermula Isnin ini

Terkini

Tajuddin tak layak jadi duta, elok berehat – Pemuda UMNO

TINDAK-TANDUK Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyelar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sangat tidak wajar apatah...

Lagi Artikel Berkaitan