26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, February 26, 2024

15,941 kes baharu, rekod sedikit peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES baharu COVID-19 merekodkan sedikit peningkatan semalam dengan sebanyak 15,941 lagi kes dilaporkan, berbanding kelmarin 15,215 kes.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan sejumlah 4,183,359 kes jangkitan wabak itu dikesan setakat ini.

Pada masa sama, sebanyak 21,186 lagi kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 3,941,829 kes yang sudah pulih daripada COVID-19 setakat ini.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan ketika ini ada sebanyak 206,592 kes aktif, dengan sebahagian besar iaitu 200,962 menjalani isolasi di rumah.

Seramai 4,664 pesakit kini dirawat di hospital manakala seramai 690 lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 33 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 11 daripadanya adalah kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Johor dan Kedah masing-masing mencatatkan enam kematian termasuk dua kes BID di setiap negeri berkenaan.

Ia disusuli empat kes kematian di Perak (satu kes BID) dan Kuala Lumpur (satu kes BID); masing-masing tiga kes kematian di Pahang dan Sarawak (dua kes BID).

Sementara itu, dua kes kematian masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor (satu kes BID); dan masing-masing satu kes kematian di Kelantan, Negeri Sembilan (satu kes BID) dan Sabah (satu kes BID).- Edisi 9

Terkini

Rangka strategi jangka panjang sebelum mansuh pencen

Oleh DR SAFIAH OMAR PEKERJA sektor awam yang dilantik selepas 1 Februari 2024 tidak lagi mempunyai skim pencen seperti penjawat...

Lagi Artikel Berkaitan