27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Peperiksaan STAM 2021 bermula 5 April ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Peperiksaan (LP) memaklumkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan dilaksanakan pada 5 hingga 14 April depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, seramai 5,089 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2021 di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan berkenaan, bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan, seramai 1,038 petugas peperiksaan telah dilantik.

“LP ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM 2021 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Menurutnya, jadual waktu peperiksaan STAM 2021 boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Katanya, calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Sementara itu, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran di Facebook mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua calon terlibat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan