25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pemilikan MySejahtera: KKM sedang berunding dengan MySJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa pihaknya sedang berunding dengan sebuah syarikat swasta berhubung pemilikan aplikasi MySejahtera.

Ia susulan kenyataannya bahawa pihaknya sedang berunding dengan MySJ Sdn Bhd bagi tujuan itu dan dijangka dapat memuktamadkan rundingan dalam tempoh sebulan.

“Kita akan memuktamadkan rundingan dengan MySJ Sdn Bhd (MySJ) berhubung isu pemilikan aplikasi MySejahtera dalam tempoh kurang sebulan,” katanya selepas Majlis Penutup Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan seperti dilapor Utusan Online.

Khairy berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih berunding dan ia mengambil masa kerana membabitkan isu-isu teknikal.

“Bagaimanapun, KKM ingin menegaskan bahawa pemilikan data dalam MySejahtera adalah milik KKM dan data itu disimpan dalam pelayan (server) milik kerajaan.

“Saya akan membentangkan isu pemilikan MySejahtera ini di Dewan Negara esok,” katanya.

Beliau berkata, KKM masih berunding dengan MySJ sebagai pemegang lesen aplikasi MySejahtera, mengenai terma dan syarat penggunaan aplikasi itu.

Perbincangan itu termasuk mengenai langkah ke hadapan pengunaan serta penyelenggaraan aplikasi itu.

Sebelum ini, media melaporkan dokumen mahkamah menunjukkan syarikat pembangun MySejahtera (Entomo Malaysia) telah bersetuju untuk memindahkan hak milik intelektual dan lesen perisian aplikasi COVID-19 kepada MySJ untuk RM338.6 juta dalam satu perjanjian sehingga hujung 2025.

Pada 27 Mac lalu, Khairy menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta sebaliknya ia adalah di bawah penyeliaan KKM sejak mula digunakan.

Beliau berkata, segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh kementerian itu.

“Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusandata MySejahtera perl mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.

“Sehubungan itu, data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta,” katanya menerusi satu kenyataan. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan