28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Aplikasi MySejahtera, data tidak dijual kepada swasta – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta sebaliknya ia adalah di bawah penyeliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak mula digunakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, segala pengurusan data akan melalui proses tadbir urus data yang telah ditetapkan oleh kementerian itu.

“Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusandata MySejahtera perl mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 dan piawaian antarabangsa.

“Sehubungan itu, data MySejahtera tidak boleh dikongsi oleh KKM dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera juga dimuat naik ke jaringan pelayan awan (cloud server network) setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaaan aplikasi MySejahtera sahaja.

“KKM berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejehtera tapa ragu-ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta semalam sepertimana didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Khairy menegaskan, pada 26 November tahun lalu, aplikasi MySejahtera diputuskan sebagai hak milik kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama aplikasi tersebut untuk pengurusan kesihatan awam negara.

“Selain itu kerajaan tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada syarikat KPISOFT (M) Sdn. Bhd (KPISOFT), yang telah membangunkan aplikasi MySejahtera sepanjang tempoh penggunaan aplikasi ini dari 27 Mac 2020 hingga 31 Mac 2021,” katanya.

Ujar Khairy lagi, perkara berkenaan adalah berdasarkan ketetapan syarikat yang telah menawarkan penggunaaan aplikasi MySejahtera kepada Kerajaan untuk tempoh setahun tanpa sebarang bayaran berdasarkan prinsip Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat.

Menurutnya, sejak ia dilancarkan, penggunaan aplikasi MySejahtera adalah melalui pendekatan ‘perisian sebagai platform perkhidmatan’.

“Pendekatan ini membantu Kerajaan mengurangkan masa kitaran (turnaround time) yang diperlukan untuk membangunkan satu perisian baharu susulan keperluan satu sistem khusus untuk menguruskan pandemik Covid-19,” katanya.

Selain itu menurut beliau, aplikasi MySejahtera merupakan platform yang teguh dan dinamik kerana mampu menampung penambahbaikan fungsi aplikasi selari dengan perkembangan semasa wabak Covid-19.

“Setelah tamat tempoh CSR tersebut, Kerajaan pada 31 Mac tahun lalu bersetuju supaya perkhidmatan MySejahtera diteruskan.

“Aplikasi MySejahtera digunapakai kerana keteguhan dan keupayaan dinamik teknologinya. Sehubungan itu, Kerajaan meneruskan kerjasama dengan pihak syarikat dalam melaksanakan peningkatan fungsi MySejahtera sehingga apa yang digunakan pada hari ini.

Menurut Khairy lagi, MySejahtera kini mempunyai lebih 10 modul serta sebanyak 38 juta pengguna berdaftar terdiri daripada warganegara, bukan warganegara dan juga pengembara.

“Keputusan Kerajaan pada 26 November tahun lalu turut menetapkan supaya KKM menubuhkan Jawatankuasa Rundingan Harga dengan keahlian yang terdiri daripada agensi pemegang taruh berkaitan untuk melaksanakan rundingan harga perolehan dan pengurusan perkhidmatan aplikasi MySejahtera dengan pihak syarikat untuk tempoh dua tahun, selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan.

“Skop perolehan dan pengurusan aplikasi MySejahtera antaranya merangkumi pengoperasian platform MySejahtera, pembangunan sistem termasuk pembangunan modul tambahan, penyelenggaraan, pengurusan pusat data dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga yang meliputi langganan ke atas perkhidmatan Google Map and Places Application Programming Interface (API) dan perkhidmatan Short Messaging Service (SMS).

Seterusnya ujar Khairy, Kementerian Kewangan, melalui surat bertarikh 28 Februari lalu bersetuju meluluskan permohonan KKM untuk melaksanakan perolehan bagi pengurusan aplikasi MySejahtera dan dimuktamadkan diperingkat Kementerian Kewangan.

“Proses rundingan ini telah dimulakan dan KKM akan memastikan due diligence dilakukan bagi memelihara kepentingan Kerajaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan