28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Malaysia, Indonesia perhebat usahasama industri pertahanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Indonesia senada untuk meningkatkan lagi usahasama Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengukuhkan lagi kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan, meningkatkan latihan bersama dan membawa kerjasama industri pertahanan ke tahap yang lebih tinggi.

“Sentiasa berbesar hati dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan dua hala bersama rakan sejawat dari negara serumpun Indonesia, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

“Keakraban yang terbina sekian lama telah memudahkan lagi pengukuhan kesefahaman terutama dalam konteks pertahanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau kedua-dua wakil negara senada untuk meningkatkan lagi usahasama ATM dan Tentera Nasional Indonesia.

Advertisements

Terdahulu, dalam satu hantaran, Hishammuddin menyatakan Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bekerja bertungkus-lumus demi memastikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 bersedia menerima para pelawat antarabangsa ke Malaysia sepanjang empat hari mendatang.

“Selamat datang semua pempamer, pelawat perdagangan dan delegasi dari seluruh dunia!

“Defence Services Asia,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan