31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kelantan rekod penggunaan katil di ICU tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELANTAN merekodkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) tertinggi dengan kini mencecah 73 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima negeri lain yang mencatatkan penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus adalah Kuala Lumpur dengan 65 peratus serta Johor (63 peratus).

“Selain itu ialah Selangor dengan penggunaan melebihi 61 peratus, Perak (55 peratus) dan Putrajaya (50 peratus),”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, bagi penggunaan katil bukan ICU, sehingga kini terdapat 11 negeri mencatatkan penggunaan melebihi 50 peratus.

“Daripada jumlah itu, dua negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Putrajaya (114 peratus) dan Selangor (101 peratus).

“Negeri lain ialah masing-masing 93 peratus di Perlis, Perak dan Kuala Lumpur, Terengganu (83 peratus) dan Kelantan (79 peratus).

“Turut mencatatkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus ialah Melaka dengan 73 peratus, Sarawak (74 peratus), Pahang (70 peratus) dan Pulau Pinang (60 peratus),” katanya.

Mengulas mengenai penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Melaka kekal menjadi negeri tunggal merekodkan penggunaan melebihi 50 peratus iaitu kini peratusannya mencecah 55 peratus.

“Bagi pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan, jumlahnya kekal dengan 223 pesakit, ia menjadikan penggunaan alat bantuan berkenaan kini adalah 25 peratus,” katanya.

Semalam, jangkitan COVID-19 merekodkan 31,490 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 3,680,953 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 473 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (8,095 kes), Kuala Lumpur (4,527 kes), Kedah (3,015 kes), Pulau Pinang (2,425 kes), Sarawak (1,903 kes), Negeri Sembilan (1,883 kes), Johor (1,721 kes), Kelantan (1,647 kes) dan Pahang (1,409 kes).

“Seterusnya Perak (1,279 kes), Terengganu (1,277 kes), Sabah (1,216 kes), Melaka (554 kes), Putrajaya (201 kes), Perlis (190 kes), Labuan (148 kes),”katanya.

Dalam masa sama, sebanyak 79 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,384 kes serta sebanyak 19 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,914 kes.- Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan